JOHOR BAHRU – Seramai 33 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih, Pasir Gudang dekat sini mengadu terhidu bau busuk sebelum mengalami muntah serta loya ketika sesi persekolahan pagi hari ini. Dalam kejadian 7.30 pagi itu, seramai lima murid lelaki dan 28 perempuan dikejarkan ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan awal. Timbalan Pengarah Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Johor, Ab Rahim Lamin, berkata bagaimanapun keadaan sekolah terkawal, namun sebagai langkah berjaga-jaga, bilik darjah di tingkat tiga dan empat sekolah berkenaan dikosongkan. Menurutnya, semua pelajar yang terkesan duduk di bilik darjah tingkat tiga dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya