JERLUN 28 Ogos – Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Megat Dewa, di sini, mempunyai cara tersendiri menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini apabila beramai-ramai menaikkan pelbagai jenis wau dan layang-layang bercorakkan Jalur Gemilang di padang sekolah itu hari ini. Lebih 200 orang individu membabitkan guru, murid dan ibu bapa mengambil bahagian untuk menghasilkan wau dan layang-layang berkenaan yang dilakukan mereka sejak dua minggu lalu. Guru Besar sekolah itu, Rosli Din berkata, Program Jom Wow yang julung-julung kali diadakan itu adalah bertujuan untuk mengajak warga sekolah menghayati erti kemerdekaan selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya