KUALA LUMPUR 24 Julai – Mahasiswa Keadilan Malaysia akan terus mendesak kerajaan bagi menunaikan manifesto membabitkan kebajikan serta hak golongan itu.
Presidennya , Na’im Brundage berkata, ini termasuk bantahan kenaikan mendadak yuran Universiti Multimedia (MMU) menerusi perhimpunan yang diadakan semalam.
Katanya, MMU perlu berlaku adil terhadap mana-mana pihak termasuk mahasiswa untuk berhimpun yang merupakan sebagai salah satu amalan demokrasi matang.
“Selain itu, kebebasan mahasiswa untuk bersuara dan berhimpun secara aman adalah salah satu daripada janji yang termaktub dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Kami berharap kedua-dua pihak (MMU dan penganjur) dapat ke meja rundingan untuk berbincang secara mendalam bagi penyelesaian baik kepada semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











