Warga emas hilang ditemukan maut - Utusan Malaysia

Warga emas hilang ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai- Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika mencari sayur di hutan berhampiran Kampung Lopeng, Miri, Sarawak ditemukan maut, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Law Poh Kiong berkata, mangsa, Lai Song Kong, 72, ditemukan pada pukul 10.29 pagi.

“Mangsa ditemukan dalam jarak kira-kira 120 meter dari lokasi kereta mangsa diparkir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini..

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, mangsa dikatakan keluar mencari sayur pada pukul 4.16 petang namun tidak balik ke rumah sehingga pukul 6 petang.

Usaha mencari telah dilakukan oleh anak mangsa dan kereta milik bapanya yang diparkir di tepi jalan ditemukan kira-kira dua kilometer dari laluan utama yang berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Lopeng Tengah.

Bagaimanapun, usaha mencari oleh anak mangsa gagal lalu menghubungi pasukan bomba untuk meminta bantuan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini