RAMPURHAT, India – Sekumpulan doktor telah menemui lebih 1.4 kilogram (kg) barang kemas dan syiling dalam perut seorang wanita di sini baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail. Mereka mengeluarkan sebanyak 69 utas rantai leher, 80 subang, 46 duit syiling, lapan buah loket, 11 gelang hidung, empat anak kunci, lima utas gelang kaki dan serpihan jam tangan dari dalam perut Runi Khatun, 26, di Hospital Besar dan Kolej Perubatan Rampurhat. Ibu kepada wanita tersebut memaklumkan dia mengesan beberapa barang mula hilang di rumahnya tetapi tidak menyangka anak perempuannya telah menelan barang-barang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya