Wang simpanan Tabung Haji lesap dipukau Selamat - Utusan Malaysia

Wang simpanan Tabung Haji lesap dipukau Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Seorang lelaki warga emas terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian RM15,000 termasuk wang simpanan Tabung Haji (TH) selepas didakwa dipukau seorang lelaki di pekan daerah ini di sini semalam. 

Kejadian berlaku pukul 10 pagi selepas Shariff Hassan, 80, ditegur oleh seorang lelaki warga Indonesia sewaktu ingin membayar bil elektrik di pejabat pos daerah ini secara bersendirian.

Anak mangsa, Mat Zaid Shariff, 50, berkata, suspek lelaki yang memperkenalkan diri dengan nama Selamat dikatakan meminta pertolongan meminjam wang bagi perbelanjaan isterinya yang akan bersalin di hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, suspek berjanji untuk membayar wang tersebut semula selepas telah mendapat habuan daripada hasil nombor ekor.

“Bapa yang bersetuju dengan pemintaan lelaki itu kemudiannya dibawa menaiki sebuah kereta bersama dua lelaki lain dipercayai warga tempatan ke Pejabat Cawangan TH Sabak Bernam di Sungai Besar sebelum menyerahkan wang berjumlah RM10,000.

“Namun, suspek itu memaklumkan jumlah itu masih tidak mencukupi sebelum bapa mengeluarkan RM5,000 lagi dari Bank Islam Cawangan Sungai Besar,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mat Zaid, suspek kemudiannya meninggalkan bapanya ke sebuah restoran dan memintanya tunggu di situ.

Jelasnya, bapanya yang dijadualkan menunaikan haji pada tahun depan itu mengetahui ditipu apabila suspek didapati tidak kembali ke restoran tersebut selepas menunggu dua jam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintenden Lim Chee Khoon ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini