Wan Ji tidak bergerak bersendirian - Ummah - Utusan Malaysia

Wan Ji tidak bergerak bersendirian – Ummah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mendakwa penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin yang didapati bersalah menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu tidak bergerak bersendirian dan mempunyai ‘sokongan’ di belakangnya.

Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya turut mempersoalkan mengapa Wan Ji masih bebas berceramah walaupun telah disabitkan kesalahan.

Aminuddin malah mengatakan tindakan Wan Ji yang berceramah di sebuah masjid, Ahad lalu itu seolah-olah cuba mencetuskan provokasi dan membangkitkan kemarahan umat Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya nak sebut ‘TST’ iaitu tahu sama tahu. Saya rasa saya pernah dialog dengan dia, saya tak mahu nyatakan lebih dari itu tapi saya yakin dia tak bergerak berseorangan.

“(Sila) tafsir sendiri (siapa pihak itu), bagi saya, saya tak rasa dia tak gerak sendirian,” katanya seperti dipetik portal berita Malaysiakini di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Kempen Membeli Produk Muslim dan menandatangani usahasama antara Ummah Kohilal – Ummah dan Abata di Hotel Putra, Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ahad lalu, Ummah Melaka dipercayai menganjurkan bantahan di Masjid Ar Rahman dekat Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka bagi mendesak Wan Ji menghentikan kuliahnya.

Ceramah yang sepatutnya disampaikan pendakwah kontroversi itu selepas solat maghrib kemudiannya terpaksa ditangguh sehingga pukul 8.30 malam selepas keadaan di masjid berkenaan bertukar kecoh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini