Vietnam lancar aplikasi media sosial Gapo - Utusan Malaysia

Vietnam lancar aplikasi media sosial Gapo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI – Sebuah aplikasi media sosial yang dibangunkan secara tempatan di Vietnam, bertujuan untuk menggalakkan penggunaan platform sendiri di negara komunis itu, mengalami masalah selepas beberapa jam dilancarkan.

Dikenali sebagai Gapo, aplikasi itu digambarkan sebagai sebuah versi tempatan mirip Facebook. Gapo dilancarkan pada Isnin lalu sekali gus menjadi laman media sosial terbaharu di Vietnam dan menetapkan sasaran seramai 20 juta pengguna menjelang tahun 2021.

Bagaimanapun, selepas pelancaran Isnin lalu, laman web itu mengalami masalah teknikal ekoran terlalu ramai pengguna cuba mendaftar akaun Gapo.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejumlah pengguna disekat membuat pendaftaran manakala ramai lagi gagal menggunakan fungsi aplikasi berkenaan.

“Ada masalah akan berlaku apabila sistem ini mencapai tahap tertentu,” kata Pengasas Bersama Gapo, Duong Vi Khoa menerusi satu perkongsian di Facebook.

Walaupun mirip Facebook, Khoa berkata: “Gapo tidak mempunyai niat bersaing dengan mana-mana rangkaian media sosial.”

Gapo membolehkan pengguna untuk mencipta profil peri­badi, memuat naik video dan gambar serta menulis komen di laman berbentuk ‘paparan berita’.

Gapo menerima pembiayaan sebanyak AS$21 juta (RM86.4 juta) daripada syarikat induk, G-Capital. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini