[VIDEO] Yang di-Pertuan Agong berkenan santuni gelandangan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Yang di-Pertuan Agong berkenan santuni gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis Menyantuni Gelandangan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, hari ini.

Baginda berkenan mengurniakan bungkusan berupa makanan selain turut beramah mesra dengan 250 orang gelandangan.

Selain itu, baginda tuanku turut meluangkan masa kira-kira sejam meninjau sekitar kawasan masjid, melihat projek River of Life (RoL) serta menunaikan solat fardu Zuhur secara berjemaah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim; Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Abdul Aziz Jusoh; Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd. Ajib Ismail dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Saripuddin Kasim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini