[VIDEO] Video seks songsang : Jangan tuduh Anwar dalang - Utusan Malaysia

[VIDEO] Video seks songsang : Jangan tuduh Anwar dalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Kumpulan pendesak, Otai Reformis 1998 menggesa Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari supaya tidak bermain politik berhubung dalang kes penyebaran video seks mirip menteri Kabinet baru-baru ini.

Setiausahanya, Abdul Razak Ismail berkata, beliau secara jelas cuba menggambarkan dalangnya adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tidak menyebut sebarang nama semasa berucap dalam majlis doa selamat dan kesyukuran di kediaman rasminya di Shah Alam, Ahad Lalu.

“Seorang Menteri Besar beria-ia kata bahawa beliau tahu dalang sebenar, sampai satu tahap beliau berkata dalang utama adalah seseorang yang mengalami pengalaman pahit 20 tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramalan kita (kenyataan itu) adalah merujuk Anwar Ibrahim dan terang-terang kita Otai Reformis membaca andaian Menteri Besar itu yang menjurus kepada Anwar. Jadi kita merasakan andaian itu adalah terlampau berbahaya kepada Anwar sendiri.

ABDUL RAZAK ISMAIL (duduk, tiga kanan) bersama aktivis Otai Reformis 1998 dalam sidang akhbar di Lem
ABDUL RAZAK ISMAIL (duduk, tiga kanan) bersama aktivis Otai Reformis 1998 dalam sidang akhbar di Lembah Pantai hari ini. – UTUSAN ONLINE

“Kita hendak ingatkan Menteri Besar bahawa Selangor sedang menghadapi masalah air, catuan air dan sebagainya. Rakyat sedang marah kepada Kerajaan negeri jadi minta jagalah kebajikan rakyat, jangan bermain politik dalam isu video lucah. Kalau betul kamu ada bukti terus ke Bukit Aman, nyatakan siapa dalang utama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Lembah Pantai di sini hari ini.

Ahad lalu, Amirudin memberi bayangan seolah-olah beliau tahu siapa dalang kepada penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali .

Dalam ucapannya, beliau memberi bayangan bahawa dalang tersebut adalah mereka yang pernah melalui zaman pahit ketika isu skandal serupa timbul 20 tahun dahulu.

Sementara itu, Abdul Razak berharap kes video seks songsang itu dapat diselesaikan mengikut prosedur undang-undang seperti yang ditegaskan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Katanya, rakyat amat menghargai kesungguhan pihak polis menyelesaikannya secepat mungkin kerana kes tersebut sudah berlarutan agak lama tanpa menemukan sebarang titik noktah.

“Kita harap kes ini menjadi contoh bagaimana pihak polis dan Kerajaan Pakatan Harapan membuktikan komitmen tinggi dalam memenuhi makna Malaysia Baharu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 yang berpegang teguh pada prinsip ‘Rule of Law’ serta menuju dasar ‘Rahmatan Lil Alamin’,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini