[VIDEO] Tular video buang sampah dalam sungai - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tular video buang sampah dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Video memaparkan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam sebatang sungai dipercayai di Segambut tular. Video berdurasi kira-kira dua minit itu berjaya dirakam pengguna media sosial Facebook memaparkan dua lelaki menaiki sebuah van putih yang membawa bungkusan sampah berhenti di bahu jalan. Kedua-dua lelaki berkenaan kemudian membawa bungkusan sampah itu secara bergilir-gilir untuk dibuang ke dalam Sungai Keroh. Gelagat dua individu itu mendapat kecaman pengguna media sosial selain meminta pihak berkuasa menyiasat insiden berkenaan kerana melakukan pencemaran sungai. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN