[VIDEO] Selamat hari lahir ‘bossku’ - Utusan Malaysia

[VIDEO] Selamat hari lahir ‘bossku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini bagi prosiding perbicaraannya yang masuk hari ke-42 hari ini disambut dengan nyanyian lagu Selamat Hari Lahir daripada kira-kira 50 penyokongnya.

Malah, kumpulan ‘team mahkamah Datuk Seri’ itu turut membawa sebiji kek bertulis ‘Selamat Hari Lahir Bossku’ di atasnya.

Bekas Perdana Menteri itu yang menyambut hari lahir yang ke-66 hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada para penyokong sebelum meniup lilin dan memotong kek tersebut.

 

Sejurus bermesra seketika bersama penyokong, Ahli Parlimen Pekan yang tiba di mahkamah pada pukul 11 itu terus berlalu ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding perbicaraan berhubung dana SRC International Sdn. Bhd. yang dihadapinya.

 

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×