Video lucah: Politik kotor ada objektif jahat - Mahathir - Utusan Malaysia

Video lucah: Politik kotor ada objektif jahat – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau bukannya mempertahankan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung satu video seks yang viral didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Beliau juga berkata, politik kotor tidak akan dapat memerangkap beliau menjadi sebahagian daripadanya.

“Saya bukan mempertahankan beliau (Mohamed Azmin). Saya hanya berkata bahawa politik jenis kotor yang seumpama tidak akan dapat memerangkap saya menjadi sebahagian daripadanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jelas sekali, seseorang cuba untuk menggunakan saya bagi mencapai matlamat mereka. Ini bukan satu video yang biasa anda lihat sebelum ini; ini sengaja diwujudkan bagi mencapai matlamat jahat yang tertentu bagi menghalang seseorang daripada maju dalam politik.

“Ini telah dirancang dan saya tidak akan menjadi ejen untuk menjayakan rancangan itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Strategi Kebangsaan Bagi Literasi Kewangan 2019-2023 di Sasana Kijang, Bank Negara di sini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini