KAJANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meluaskan skop siasatan termasuk penglibatan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam penyebaran video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Difahamkan lima individu lain yang ditahan bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz malam kelmarin dipercayai mempunyai hubungan dengan ADUN tersebut. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya menjalankan siasatan dengan teliti dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. “Kertas siasatan tersebut kita kemukakan kepada Pejabat Peguam Negara bagi menunggu arahan selanjutnya. “Pihak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya