[VIDEO] Kenderaan awam pilihan penyokong final Piala FA - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kenderaan awam pilihan penyokong final Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menggunakan kenderaan awam menjadi pilihan kepada Muhd Azrin Zaidi apabila menaiki Aliran Transit Ringan (LRT) ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan final Piala FA di antara Perak bertemu Kedah, malam ini.

Pemuda yang berasal dari Sungkai, Perak itu memilih untuk menggunakan perkhidmatan LRT selepas servis yang ditawarkan adalah pantas, selesa dan efisien.

“Sebab utama saya menggunakan LRT adalah kerana saya tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Tambahan pula, venue perlawanan dengan stesyen LRT (Bukit Jalil) adalah dekat, sebab itu saya memilihnya,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemuda berusia 28 tahun itu berkata dia menaiki motosikal dari rumahnya menuju ke Kuala Lumpur selepas memikirkan itu adalah kenderaan yang paling sesuai.

“Kalau saya naik kereta habislah saya. Mungkin sangkut dalam kesesakan lalu lintas sebab penyokong Kedah juga datang dari arah yang sama. Saya bertolak semalam dan tumpang di rumah saudara dekat Pandan Jaya,” kata Azrin.

Mengulas lanjut mengenai ramalan malam ini, Azrin berkata Perak akan menjuarai Piala FA dengan menewaskan Keda 2-1.

“Tetapi, gawang Perak terlebih dahulu dibolosi sebab Perak suka bangkit dari ketinggalan,” katanya lagi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini