Video intim: tiada pemimpin politik dipanggil polis - Utusan Malaysia

Video intim: tiada pemimpin politik dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Tiada pemimpin utama parti politik akan dipanggil polis untuk membantu siasatan video seks intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, bagaimanapun, pihaknya tetap komited untuk meneruskan siasatan kes berkenaan.

Katanya, apabila kertas siasatan lengkap, pihaknya akan menghantarnya ke Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan heret dan bebankan saya dengan semua ini. Bila saya kata siasatan sedang berjalan, terimalah. Ia sedang berjalan. Bila (kertas siasatan) siap, kita akan hantar pada Peguam Negara (untuk tindakan lanjut),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Majlis itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran; Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Syed Zaid Albar.

Beliau diminta mengulas sama ada beberapa pemimpin utama parti politik akan dipanggil polis untuk membantu siasatan kes video intim yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini