KUALA LUMPUR – Velofit, yang berpangkalan di Perth, Australia dan pasukan profesional China, Liv Pro Cycling Team, merupakan antara pasukan awal mengesahkan penyertaan pada jelajah berbasikal wanita antarabangsa, Le Tour de Femina (LTdF) 2019. Perlumbaan berstatus 2.1 dan diiktiraf Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu membabitkan jarak keseluruhan 719.9 kilometer dan akan berlangsung buat julung kali dari 7 hingga 12 Sept ini. Menurut kenyataan penganjur, Ciclista Sdn Bhd, hari ini, Velofit dijangka membawa gabungan pelumba berpengalaman dan muda untuk aksi pertama mereka di Malaysia selepas menyertai beberapa perlumbaan di rantau Asia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya