LONDON – Manchester United pernah berminat menandatangani Harry Maguire dengan harga hanya 4 juta pound (RM20 juta) pada 2013, tetapi mereka akhirnya memilih untuk tidak meneruskan hasrat tersebut. David Moyes yang mengendalikan kelab Old Trafford tersebut pada ketika itu, telah mengenal pasti bek tengah berkenaan, yang beraksi bersama Sheffield United, sebagai sasaran pemain berpotensi. Alex Ferguson pernah memaklumkan kepada rakan senegaranya, Moyes tentang Maguire yang diramal menjadi pemain ternama dunia dan mencadangkan agar United dapatkan khidmat pertahanan itu. Maguire memerlukan Red Devils berbelanja di sekitar 4 juta pound, dan Moyes…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya