Undi 18: Pindaan dijangka berjaya - Utusan Malaysia

Undi 18: Pindaan dijangka berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Sejarah tercipta apabila kerajaan dan pembangkang bersepakat meminda Perlembagaan Persekutuan.

Ia berlaku apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan menerima syarat pembangkang untuk meminda had umur mengundi kepada 18 tahun.

Dua syarat pembangkang adalah untuk turut menurunkan had umur menjadi calon pilihan raya kepada 18 tahun dan menjalankan pendaftaran undi automatik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dr. Mahathir berkata, pihak pembangkang telah menyatakan komitmen untuk menyokong pindaan tersebut setelah kedua-dua syarat itu dipersetujui kerajaan.

Ketika ditanya adakah kerajaan yakin dengan komitmen pembangkang, beliau menyatakan keyakinannya.

“Takkanlah mereka nak tipu saya,” katanya ringkas dalam sidang akhbar di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan pertama esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini