KUALA LUMPUR 10 Julai – Ketika orang lain mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan yang terbaik buat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau turut mempunyai ucapan buat dirinya sendiri.
“Terima kasih atas ucapan hari lahir yang diberikan. Ucapan hari lahir saya mudah, iaitu saya ingin menyelesaikan kerja dalam meletakkan Malaysia ke arah jalan ‘pemulihan’.
“Ia adalah satu keistimewaan dan kehormatan untuk berkhidmat buat negara ini,” kata beliau menerusi laman Twitter miliknya, hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











