PETALING JAYA 16 Julai – Seorang tukang urut warga Vietnam dijatuhi hukuman denda RM800 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki cop keselamatan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) palsu pada pasportnya, minggu lepas. Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman terhadap Nguyen Thi Hang, 27, selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dilakukan di premis No 1A, Jalan USJ 1/20, Taman Subang Permai, Subang Jaya, di sini, pada 6.30 petang, 7 Julai lalu. Pendakwaan mengikut Seksyen 56(1)(aa) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya