TLDM bakal dilengkapi helikopter, FIC baharu - Utusan Malaysia

TLDM bakal dilengkapi helikopter, FIC baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bakal memperolehi aset baharu terdiri daripada helikopter jenis operasi maritim dan kapal pemintas ‘Fast Interceptor Craft’ (FIC).

Panglima Tentera Laut, Laksamana. Datuk Mohd. Redza Mohd. Sany berkata, perolehan aset tersebut dapat memperkukuhkan armada negara disamping membantu pergerakan Pasukan Khas Laut (Paskal) melaksanakan operasi.

Katanya, kos bagi memperoleh aset tersebut bernilai RM440 juta bagi tiga buah helikopter dan 18 buah FIC.

Memuatkan artikel berkaitan…

“TLDM jangka dapat tiga buah helikopter dan 18 buah FIC. Walaubagaimanapun, segalanya bergantung kepada peruntukan kewangan. Helikopter Super Lynx yang kita ada telah lama dan tujuan operasi lebih kepada membawa dan melancarkan peluru berpandu. Sebab itu kita perlu ada aset baharu.

“Setakat ini kita telah buka tender terbuka untuk aset-aset tersebut. Namun jenis masih belum ditentukan lagi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini