Tiket final Piala FA untuk penyokong Perak habis dijual - Utusan Malaysia

Tiket final Piala FA untuk penyokong Perak habis dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 23 Julai – Tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA yang diperuntukkan untuk para penyokong Perak yang dijual di kaunter di Stadium Perak di sini habis dijual hari ini.

Difahamkan tiket yang dijual di daerah-daerah hari ini juga habis terjual dalam tempoh yang singkat.

Sebanyak 15,000 tiket dijual di Stadium Perak habis dijual dalam tempoh kira-kira dua jam setelah kaunter jualan tiket mula dibuka pada pukul 10.30 pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Manakala 12,000 tiket lagi dijual di seluruh daerah di negeri ini.

Seorang petugas Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) di kaunter tiket mengumumkan tiket di Stadium Perak sudah habis dijual pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurutnya, tiada lagi jualan tiket akan dibuat walaupun jualan tiket sepatutnya dibuka sehingga pukul 3.30 petang.

Ini menyebabkan beberapa penyokong yang tiba lewat hampa untuk mendapatkan tiket apabila kaunter jualan tiket ditutup pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Sementara itu, tinjauan mendapati jualan tiket berjalan lancar dan rata-rata penyokong berpuas hati dengan kaedah penjualan di empat buah kaunter yang dibuka di Stadium Perak.

Penyokong menyifatkan penjualan tiket telus walaupun habis dalam tempoh yang singkat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini