Tikam bekas isteri, nelayan kena 3 tahun penjara - Utusan Malaysia

Tikam bekas isteri, nelayan kena 3 tahun penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT 25 Julai – Tidak sampai 24 jam selepas menikam bekas isteri petang semalam, hari ini seorang nelayan dijatuhi hukuman tiga tahun penjara di Mahkamah Majistret Besut di sini hari ini kerana perbuatannya itu. 

Hukuman itu diputuskan oleh Majistret Norshuzianna Shakila Raja Mamat selepas tertuduh,  Che Mohd. Azlan Muda, 31, dari Kuala Besut mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap  Hidayah Ismail, 28, di sebuah kedai makan ikan bakar Pantai Air Tawar, Kuala Besut pukul 4 petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak  manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Izzaida Ibrahim.

Berdasarkan fakta kes, semasa berada di bilik solat di dalam kedai makan tempat mangsa bekerja, dia telah didatangi bekas suaminya lalu meminta mangsa untuk rujuk semula..

Bagaimanapun tertuduh yang tidak berpuas hati kerana mangsa tidak mahu lagi kembali bersamanya telah bertindak  mengeluarkan satu batang pemutar skru berbentuk T dan terus menikam muka mangsa.

Mangsa menutup mukanya dengan menggunakan kedua-dua tangan namun tertuduh bertindak menarik rambut mangsa dan menikam ke arah muka mangsa bertubi-tubi.

Suspek dan mangsa telah berkahwin kira-kira lima tahun lalu dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berumur 4 tahun sebelum bercerai di Mahkamah Syariah Besut dua tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini