Tiga penganggur dituduh rompak stesen minyak - Utusan Malaysia

Tiga penganggur dituduh rompak stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 25 Julai 2019 – Tiga lelaki hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan parang di sebuah stesen minyak pada 29 Jun lalu.

Bagaimanapun, ketiga-tiga tertuduh, Muhammad Nazri Fadze Rahman, 25; Muhammad Nur Iskhandar Amran, 24, dan Mohammad Mustafa Mat Nayan,24, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azuar Che Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan parang dan merompak wang tunai berjumlah RM800.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketiga-tiga tertuduh yang tidak bekerja didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah stesen minyak di Kampung Awah, Maran dekat sini pada pukul 9.30 pagi 29 Jun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Asmary Abdul Rahim mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam memandangkan kesalahan berkenaan tidak boleh diberikan jaminan. 

Hakim kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 22 Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini