GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ketika melakukan pemeriksaan di dua buah sangkar ikan di perairan negeri ini hari ini. Dalam operasi kira-kira pukul 6.20 pagi itu, mereka yang ditahan adalah lelaki berusia di antara 17 hingga 20 tahun disyaki bekerja di sangkar ikan berkenaan masing-masing terletak pada kedudukan kira-kira 2.1 dan 3.1 batu nautika dari selatan Pulau Aman dekat sini. Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, PATI berkenaan ditahan selepas gagal mengemukakan pasport dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya