KUALA LUMPUR 24 Julai – Seminar Pasaran Modal Utusan pada Ahad ini, 28 Julai bakal menampilkan tiga panel yang akan mengupas topik saham buat orang ramai yang berminat untuk mempelajarinya.
Kolumnis Cikgu Saham di Utusan Malaysia, Zuraida Mohd. Zakaria akan membincangkan tentang perkara-perkara selain dari analisis teknikal dan asas yang perlu diketahui sebelum membeli saham.
Berita berkaitan:
Katanya, Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah pula bakal menumpukan kepada kepentingan ilmu analisis teknikal dan fundamental dalam kajian saham.
“Sesi seterusnya bertajuk penggunaan perisian carta untuk permudahkan kajian saham oleh Y. J. Foo,” katanya di sini hari ini.
Pendaftaran bagi mengikuti Seminar Pasaran Modal Utusan masih dibuka bagi mereka yang berminat khususnya yang pernah menyertai Simposium Saham Utusan Malaysia sebelum ini.
Menurut Zuraida, mereka yang berminat untuk mengikuti Seminar Pasaran Modal Utusan boleh menghubungi talian 010-8360826 atau 013-310 8156 untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan yuran penyertaan.
“Sebagai permulaan, mereka berminat perlu hadir di peringkat asas dahulu. Peringkat asas ini tidak perlu terlalu mahal. Memadai yuran yang dikenakan tidak lebih daripada RM1,000.
“Tempoh masa belajar untuk peringkat permulaan ini juga tidak perlu terlalu lama, memadai hanya separuh hari dan tidak lebih sehari seperti yang akan diadakan pada Ahad ini,” jelasnya.
Zuraida atau lebih dikenali sebagai Cikgu Saham merupakan nama yang tidak asing dalam kalangan warga saham media sosial dan beliau juga merupakan panel di segmen Monink Blues, Utusan Online pada setiap dua minggu membicarakan tentang pelaburan saham.
Seminar kali ini juga terbuka bagi mereka yang sebelum ini hanya mempelajari pasaran modal secara bersendirian dan tidak memiliki pengalaman belajar atau bermain saham secara formal.











