SEMPORNA – Dua pelancong warga asing serta seorang penyelam skuba tempatan maut dipercayai terkena bom ikan di Pulau Kalapuan dekat sini, petang tadi. Difahamkan, kejadian menimpa ketiga-tiga lelaki itu berlaku ketika menyelam, kira-kira pukul 5.50 petang di pulau berkenaan. Pengerusi Persatuan Pelancongan Semporna, Jamilah Ang Kher Lern ketika dihubungi mengakui berlaku kemalangan maut melibatkan pelancong dan penyelam skuba di Semporna, hari ini. Namun katanya, punca kemalangan maut itu belum diketahui dan perlu menunggu laporan bedah siasat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, maklumat berhubung kejadian itu akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya