NEW YORK 30 Julai – Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dan seorang remaja wanita berusia 13 tahun antara tiga mangsa yang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah festival makanan di California. Lapor BBC, 15 lagi mangsa dilaporkan cedera selepas suspek dikenali sebagai Santino William Legan, 19, melepaskan tembakan di Festival Bawang Putih Gilroy pada Ahad lalu. Menurut polis, suspek menggunakan senjata raifal yang dibeli secara sah di negeri Nevada bulan ini. Suspek ditembak mati oleh polis dalam kejadian berkenaan. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya