Tiga lagi Orang Asli ditahan kerana halang roboh sekatan - Utusan Malaysia

Tiga lagi Orang Asli ditahan kerana halang roboh sekatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK 23 Julai – Tiga lagi lelaki Orang Asli ditahan kerana menghalangkerja-kerja merobohkan sekatan di atas tanah milik Felda di KampungSungai Papan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, ketiga-tigamereka ditahan dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan PerhutananPerak yang dijalankan pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat sekatan baharu yang dibina di lokasi sama seperti sebelum ini.

“Tiga lelaki Orang Asli itu ditahan kerana menghalang proses merobohkan sekatan dan siasatan lanjut ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Sabtu lalu, tiga lelaki orang Asli suku kaum Temiar ditahan polis kerana terlibat dalam membuat halangan manusia bagi menyekat kerja-kerja pembalakan di kawasan Hutan Simpan Air Chepam.

Seorang yang ditahan itu adalah Ahli Jawatankuasa Keselamatan Jaringan Komuniti Orang Asli Kampung Cunex, Zaiman Long, 36, manakala dua lagi ialah Jamal Endi, 38 dan Mohamad Nazreen Bah Dadu, 22, masing-masing dari Kampung Sungai Melela 2 dan Kampung Sungai Urat, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Dala, Gerik.

Ketiga-tiga mereka ditahan untuk tujuan dokumentasi sebelum dibebaskan tanpa syarat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini