Tidak berpuas hati dengan bapa, lelaki mental bakar rumah - Utusan Malaysia

Tidak berpuas hati dengan bapa, lelaki mental bakar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Julai – Gara-gara tidak berpuas hati dengan bapanya, seorang pemuda berusia 24 tahun bertindak membakar hadapan rumah di Lorong 2 Jalan Dahlia, Kampung Melayu dekat Kluang pagi tadi.

Bagaimanapun tindakan gila pemuda itu menyebabkan kebakaran yang dilaporkan pada ‪pukul 6.25‬ pagi itu telah merebak ke lapan buah rumah lain dan sebuah stor menyimpang barang-barang lama termasuk tiga motosikal dan sebuah lori, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, susulan kejadian itu, pasukan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) menahan pemuda itu yang tidak bekerja pada ‪pukul 7‬ pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…
rumah terbakar
 

“Hasil siasatan awal yang dijalankan, pemuda itu mengaku membakar rumah dengan petrol kerana tidak berpuas hati dengan bapanya.

“Siasatan awal juga mendapati, pemuda itu dipercayai menghidap masalah mental (gangguan halusinasi) dan ujian saringan awal air kencing didapati negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Abduh berkata, semasa pasukan siasatan di tempat kejadian mendapati kebakaran sudah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihak bomba.

rumah terbakar
 

Tambahnya, kesemua mangsa terlibat adalah seramai 28 orang termasuk lapan warga Vietnam, kini ditempatkan sementara di Balai Raya Rumah Murah Kluang 2, Kampung Melayu.

“Forensik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan mengambil sampel bahan terbakar untuk analisa kimia dan polis sedang giat menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti jumlah kerugian,” katanya.

rumah terbakar
 

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini