KUALA LUMPUR 4 Julai – Pindaan Perlembagaan Persekutuan menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun tidak memberi kelebihan kepada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH). Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, orang muda di negara ini sebaliknya akan tunggu dan lihat parti mana yang akan memberi hala tuju terbaik kepada mereka dan negara. “Jadi tak timbul pindaan Perlembagaan Persekutuan ini akan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. Tambah Khairy, pembangkang pada dasarnya bersetuju dengan pindaan tersebut namun lebih baik kerajaan melakukan pindaan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya