Tiada tekanan buat Belanda - Utusan Malaysia

Tiada tekanan buat Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Tiada tekanan buat Belanda menjelang aksi akhir Piala Dunia Wanita 2019 menentang Amerika Syarikat pada malam ini di Parc Olympique Lyonnais.

Jurulatih skuad bola sepak wanita Belanda, Sarina Wiegman berkata, dalam aksi akhir malam ini tumpuan lebih terarah kepada Amerika Syarikat berbanding pasukannya sekali gus tidak menyebabkan dia merasai tekanan.

“Jangkaan sudah berbeza pada waktu ini.

“Ketika ini Amerika Syarikat merupakan pasukan pilihan berbanding kami tidak malah kami tidak kisah tentang itu,” katanya.

Sekiranya Belanda berjaya meraih gelaran dalam saingan akhir tersebut maka ia akan menjadi kejuaraan kali pertama mereka.

Ini juga adalah kali pertama skuad bola sepak wanita Belanda melangkah ke saingan akhir Piala Dunia dan pencapaian terbaik mereka sebelum ini ialah menamatkan aksi di tempat ke-13 pada kempen 2015. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×