KUANTAN – Semua sekolah di daerah ini tidak dibenarkan menjalani aktiviti memanah dalam kawasan sekolah, kata Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan, Mohd. Razali Mustafar. Beliau berkata, arahan itu telah dikeluarkan sebelum ini, namun semua sekolah diberi peringatan semula susulan kejadian sebuah kereta ‘dipanah’ semasa sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di sini, semalam. “Arahan ini bukan hanya untuk sukan memanah tetapi juga sukan lain yang berisiko seperti lempar cakera. Kita sebenarnya sudah mempunyai kawasan yang sesuai dan selamat untuk latihan sukan dan mereka yang hendak melakukan aktiviti hanya perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya