PASIR MAS – Sembilan buah kipas angin di Masjid Mukim Kelar di sini dicuri dua lelaki pada Sabtu lalu. Dalam kejadian pada pukul 4.21 pagi, perbuatan dua lelaki berkenaan dirakam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum videonya mulai tular sejak semalam. Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Kelar, Zakaria Sulaiman berkata, ini bukan kali pertama rumah Allah itu berdepan dengan masalah kecurian. “Kecurian sebelum ini hanya melibatkan wang dari tabung masjid. Namun kali…