NEW YORK – Mulai tahun ini, Terbuka Amerika Syarikat (AS) muncul kejohanan tenis Grand Slam yang menawarkan hadiah wang tunai paling tinggi dalam sejarah penganjuran iaitu sebanyak AS$57 juta (RM234j) keseluruhannya.
Penganjur Terbuka AS ketika mengumumkannya awal hari ini berkata, juara perseorangan lelaki dan wanita masing-masing akan menerima AS$3.85 (RM15.8j) manakala juara beregu lelaki dan wanita masing-masing akan menerima AS$740,000 (RM3.04j)
Jumlah tersebut meningkat lapan peratus berbanding kejohanan sama tahun lalu dan ini termasuk hadiah wang tunai yang diterima pemain kalah dalam setiap pusingan di mana mereka beraksi.
Berita berkaitan:
Ia juga mengatasi jumlah hadiah wang tunai tiga kejohanan Grand Slam lain iaitu Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon.
Sebelum ini sejak empat tahun lalu, hadiah wang tunai yang diterima pemain yang kalah di pusingan pertama telah meningkat sebanyak 47 peratus manakala bagi tahun ini, pemain yang tersingkir di pusingan kedua akan menerima AS$100,000 (RM411,000).
“Penganjur Terbuka AS dengan bangganya menawarkan kepada pemain tenis terbaik dunia hadiah wang tunai yang tertinggi dalam sukan ini,” kata pengerusi Persatuan Tenis AS, Patrick Galbraoth menerusi satu kenyataan.
Terbuka AS 2019 akan berlangsung di Flushing Meadows dekat New York mulai 23 Ogos ini. – AFP











