BEIJING 24 Julai – Tentera China yang ditempatkan di Hong Kong boleh campur tangan dalam urusan mempertahankan undang-undang awam.
Lapor Channel News Asia, perkara itu dinyatakan oleh Kementerian Pertahanan China hari ini.
Jurucakap kementerian terbabit, Wu Qian berkata, Beijing telah mengikuti rapat perkembangan Hong Kong terutamanya membabitkan insiden pada Ahad lalu apabila sekumpulan penunjuk perasaan merosakkan pejabat liason China di negara itu.
“Jabatan yang berkaitan telah memberi komen mengenainya. Tindakan itu mencabar kuasa kerajaan puasat dan prinsip Satu Negara, Dua Sistem. Mereka tidak boleh diberi muka,” kata Qian dalam satu sidang media sambil mendedahkan dokumen putih China berhubung pertahanan nasional.
Selain itu, menurut Qian, Hong Kong boleh meminta bantuan daripada China sekiranya perlu bagi menjaga keamanan dan menangani insiden tidak diingini. – AGENSI











