KUALA LUMPUR 16 Julai – Kerajaan Pulau Pinang perlu membayar pampasan setimpal kepada kira-kira 4,996 nelayan yang terjejas berikutan pelaksanaan projek penambakan laut di negeri tersebut. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pembelaan setimpal kepada nelayan merupakan tanggungjawab perlu dipikul kerajaan negeri memandangkan projek Penang South Reclamation (PSR) itu merupakan inisiatif dilaksanakan mereka. “Secara keseluruhan, pelaksanaan projek PSR menjejaskan sejumlah 4,996 nelayan di mana 1,422 daripadanya merupakan nelayan tradisional di Zon A. “Dianggarkan sebanyak 51,184 tan metrik dengan nilai RM555 juta setahun bagi pendaratan tangkapan marin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya