Takraw wanita kurang aksi antarabangsa dan tempatan - Utusan Malaysia

Takraw wanita kurang aksi antarabangsa dan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perjalanan skuad sepak takraw wanita untuk mengekalkan pingat dalam kempen Sukan SEA 2019 semakin mencabar apabila berdepan kekurangan kejohanan di peringkat antarabangsa dan tempatan.

PEMAIN sepak takraw wanita negara, Alice Harun menjalani sesi latihan sebagai persiapan menjelang Sukan Sea Filipina 2019 di MSN Keramat, di sini, hari ini. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Kapten pasukan Alice Harun berkata, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lima kejohanan bertaraf antarabangsa bagi memantapkan aksi permainan memandangkan barisan pemain akan diturunkan di Filipina nanti adalah muka baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, hanya ada dua kejohanan iaitu Kejohanan Asia di Kunming, China (Jun) dan King’s Cup di Thailand pada bulan hadapan.

“Kalau kejohanan tempatan, hanya Sirkit Remaja Kebangsaan dan beberapa kejohanan terbuka, itu pun pemain akan beraksi mengikut negeri masing-masing.

“Kita nak juga tahu di mana kelebihan dan kekurangan setiap pemain melalui perlawanan yang disertai. Tambahan pula, rata-rata muka baharu dan kami perlukan keserasian dalam misi mengekalkan pingat di Manila nanti,” katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini.

Tambah Alice, skuadnya menyasarkan pentas separuh akhir di Manila nanti dan nekad menebus kekecewaan pada Sukan SEA 2017 apabila terpaksa akur sekadar meraih pingat perak selepas tewas kepada Thailand dalam saingan antara regu.

“Sebab itu kami mahu menyerlah di King’s Cup nanti walaupun bergelut dengan kekurangan kejohanan bertaraf antarabangsa yang lain. Bukan setakat mahu keserasian antara pemain tetapi untuk membantu kami dalam mengatur strategi dan membaca corak permainan lawan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini