Tabung dana UMNO:Wang bukan segala-galanya - Utusan Malaysia

Tabung dana UMNO:Wang bukan segala-galanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABIS 25 Julai – Kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO akan melancarkan tabung dana UMNO dalam masa terdekat mendapat pelbagai reaksi daripada ahli akar umbi di sini.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh menyambut baik cadangan tersebut, namun harus memastikan UMNO tidak menjadi pengemis dan dicemuh nanti.

“Jika mahu mengumpul dana bagi memastikan kelangsungan parti, sumbangan harus datang daripada ahli parti itu sendiri. Bukan meminta-minta daripada orang luar yang kelak akan mentertawakan kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ahli UMNO perlu mempertahankan maruah parti dengan cara berkorban menyumbang kepada parti yang selama ini telah banyak berbakti kepada mereka dalam pelbagai aspek,” katanya ditemui  Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, ahli UMNO ketika ini tidak ada pilihan selain mengembalikan semangat perjuangan ahli terdahulu yang sanggup berkorban segala-galanya termasuk harta ketika sejarah awal penubuhan UMNO menuntut kemerdekaan.

NARIMAH AHAMED
NARIMAH AHAMED 

Narimah Ahamed, 57, pula berpendapat kutipan harus dilakukan dalam kalangan ahli dan digerakkan di peringkat cawangan bukannya melakukan kutipan secara terbuka dalam kelompok masyarakat.

Katanya, sebagai parti terbesar orang Melayu, UMNO tidak perlu menagih simpati daripada mana-mana pihak, sebaliknya hanya memerlukan sokongan ahli yang benar-benar dengan perjuangan parti.

MUNAWIR OMAR
MUNAWIR OMAR 

Munawir Omar, 60, pula berkata, UMNO hanya kalah dalah Pilihan Raya Umum ke-14 dan kalah tidak bermakna parti sudah  mati.

Katanya, sudah tiba masanya ahli UMNO secara keseluruhannya belajar berdikari tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana pihak seperti sebelum ini.

“Saya percaya masih ramai yang menaruh keyakinan kepada UMNO untuk membela nasib orang Melayu dan kita tidak boleh mengkianati kepercayaan mereka dengan menjadikan kekurangan sebagai alasan.

“Kita faham sumber kewangan yang kukuh itu penting, tapi wang bukan segala-galanya yang mampu menjamin kebangkitan UMNO. Semangat perjuangan dalam kalangan ahli serta strategi juga penting dan harus digerakkan seiring,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini