KUALA LUMPUR 24 Julai – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam telah meraikan Menteri Pendidikan Singapura, Ong Ye Kung di rumanya.
Dalam hantaran di twitternya bersama empat gambar, Syed Saddiq berkata, satu penghormatan dapat meraikan Ye Kung di rumahnya semalam.
“Mari teruskan melabur pada generasi muda kita untuk terus menggerakkan Malaysia dan Singapura. Sejarah dan masa depan kita sangat saling berkaitan, mari bersama-sama terus menjalin hubungan yang lebih baik,” tulis beliau.
Memuatkan artikel berkaitan…











