KUALA LUMPUR – Pelakon Syafie Naswip buat masa ini enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi laporan yang mendakwa dia mencederakan bekas tunangnya, pelakon Aishah Azman. Kenyataan itu dikeluarkan pengurusnya, Badrul Hashim ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. Badrul menegaskan, tiada kenyataan yang ingin dikeluarkan daripada pihak Syafie buat masa ini. Semalam, peminat dikejutkan dengan berita penahanan seorang pelakon lelaki yang mencederakan tunangnya dengan mencekik serta menumbuk mulut mangsa hingga berdarah dalam kejadian di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, di sini pada 26 Jun lalu. Menurut laporan polis, pelakon itu telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya