Sri Lanka arah kembalikan 111 kontena sampah ke Britain - Utusan Malaysia

Sri Lanka arah kembalikan 111 kontena sampah ke Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO 23 Julai – Kerajaan Sri Lanka mengarahkan kesemua 111 kontena sampah berisi bahan klinikal dan sisa mayat seperti organ manusia yang diimport ke pulau itu dikembalikan ke Britain dengan segera.

AFP yang memetik jurucakap Jabatan Kastam Sri Lanka, Sunil Jayaratne sebagai berkata, sebanyak 241 kontena diimport sejak 2017 dari Britain dan 130 daripadanya telah dibawa ke zon perdagangan bebas untuk dikitar semula dan pengeskpotan semula.

Namun katanya, 111 daripada kontena itu disumbatkan dengan tilam, sisa plastik dan bahan-bahan klinikal yang melanggar undang-undang antarabangsa penghantaran bahan berbahaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ahli perniagaan tempatan yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu akan diambil tindakan undang-undang sekiranya gagal mengeksport kembali sisa buangan itu ke Britain dalam tempoh terdekat. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini