PUTRAJAYA 27 Julai – Persediaan dan latihan selama dua minggu sebelum pertandingan membuahkan hasil apabila Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 11 (1) di sini muncul johan Pertandingan Bicara Berirama Sekolah-sekolah peringkat daerah Putrajaya 2019. Sekolah tersebut menewaskan sembilan sekolah menengah lain sekitar Putrajaya dan membawa pulang sijil serta wang tunai dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) berjumlah RM3,000. Menurut guru pembimbing sekolah itu, Wan Izwatun Mohd Isa, persiapan…










