SHAH ALAM – Walaupun pekak dan bisu, namun ia tidak menghalang pasukan dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor (SKPKS) menyertai Kejohanan Dodgeball Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2019 buat julung kalinya tahun ini. Kejohanan di Kompleks Sukan Panasonic, Seksyen 24 di sini, hari ini turut disertai 71 sekolah dari seluruh Selangor untuk bertanding dalam empat kategori iaitu bawah 17 tahun lelaki dan perempuan serta bawah 15 tahun campuran, selain bawah 12 tahun campuran. Pasukan dodgeball SKPKS yang terdiri daripada 10 pemain pekak dan bisu merupakan satu-satunya pasukan kelainan upaya menyertai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya