SK Selayang Utama terima RM255.50 hasil kutipan barangan kitar semula - Utusan Malaysia

SK Selayang Utama terima RM255.50 hasil kutipan barangan kitar semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Sekolah Kebangsaan (SK) Selayang Utama, Batu Caves dekat sini menerima wang tunai sebanyak RM255.50 selepas membuat serahan pelbagai barangan kitar semula sempena penganjuran program Bank Kitar Semula, baru-baru ini. .

PELAJAR dan guru-guru SK Selayang Utama membawa dan mengumpul bahan boleh dikitar semula antaranya botol plastik, kertas, surat khabar, tin minuman, minyak masak terpakai, dan lain-lain yang telah diasingkan di rumah atau di kelas masing-masing untuk ditukarkan dengan wang tunai daripada MPS. – UTUSAN ONLINE

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaklumkan, murid dan guru sekolah berkenaan berjaya mengumpul barangan kitar semula seberat 858 kilogram (kg) sekali gus melayakkan mereka menerima bayaran mengikut jumlah timbangan dengan kadar harga semasa beserta resit rasmi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujar MPS, antara barangan kitar semula yang berjaya dikumpul termasuk botol plastik, kertas, surat khabar, tin minuman serta minyak masak terpakai yang telah diasingkan di rumah atau di kelas masing-masing.

“Penganjuran program seumpama ini antara lain bertujuan memberikan kesedaran tentang kepentingan pengasingan sisa pepejal sekali gus membudayakan amalan kitar semula kalangan murid sekolah sejak awal,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini