DUNGUN 19 Julai – Dua ekor harimau yang ditemui berkeliaran di sekitar Kampung Besul, Bukit Besi di sini pagi semalam berkemungkinan haiwan peliharaan berdasarkan sifatnya yang jinak, kata Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof. Dr Abdul Malek berkata pihaknya mengesyaki dua ekor harimau yang dipercayai seekor betina dan anak jantannya itu adalah haiwan peliharaan yang dilepaskan oleh pemiliknya ke dalam hutan…