Siapa yang ambil gambar Nazim? - Utusan Malaysia

Siapa yang ambil gambar Nazim?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERONOK tengok gambar-gambar percutian pelakon Nazim Othman di Maldives. Rasa seolah-olah macam kita turut sama berada di lokasi tersebut.

Kata orang, tak berpeluang bercuti jauh, dapat cuci mata tengok foto-foto yang dikongsikan oleh Nazim dalam Instagram pun sudah rasa indah sahaja fikiran kita, betul tak?

Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah sekeping foto yang memaparkan Nazim sedang berendam  dalam tab mandi dipenuhi dengan buih sabun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Maka, banyak pertanyaan nakal membanjiri ruangan komen yang mempersoalkan siapakah gerangan orang yang mengambil gambarnya?

Difahamkan Nazim pergi bercuti seorang diri tanpa bawa teman. Entahlah, tuan badan sahaja yang tahukan.

Ala… mungkin Nazim guna kamera ‘timer’ di telefon bimbit untuk merakamkan momen sedang memanjakan diri. Zaman sekarang teknologi sudah semakin maju dan canggih, jadi pelbagai kaedah boleh digunakan, Jangan pula fikir yang bukan-bukan! 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini