Shaw beri amaran kepada City, Liverpool - Utusan Malaysia

Shaw beri amaran kepada City, Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Luke Shaw memberi amaran kepada Liverpool dan Manchester City bahawa mereka akan berdepan cabaran daripada Manchester United yang baharu.

United menamatkan saingan musim lalu di kedudukan keenam dengan perbezaan 32 mata dengan juara Liga Perdana Inggeris, City dan 31 mata dengan seteru tradisi mereka, Liverpool.

Jose Mourinho dipecat pada Disember lalu dengan United memilih Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti sementara sebelum memberikannya kontrak selama tiga tahun pada Mac, lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas gagal merangkul sebarang trofi dan terlepas aksi final Liga Juara-Juara dan Liga Europa, Shaw bersemangat untuk membantu United kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris.

“Musim yang sangat sukar untuk kami semua dan kami tidak begitu gembira menikmati masa cuti kami.

“Awak boleh lihat final melibatkan pasukan England dalam Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

“Mereka membuatkan kami rasa sangat teruk terutama pada aksi final. Kami tidak mahu perkara ini berulang.

“Sebab itu kami akan kembali dengan mentaliti baharu. Kami akan fokus untuk kembali meletakkan United di tempat yang sepatutnya,” kata pertahanan kiri United itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini