Sepanyol juara Euro B-21 - Utusan Malaysia

Sepanyol juara Euro B-21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UDINE 1 Julai – Sepanyol berjaya merampas takhta kejohanan Eropah (Euro) Bawah 21 (B-21) daripada penyandang juara, Jerman apabila melakar kemenangan 2-1 hasil jaringan Fabian Ruiz dan Dani Olmo pada setiap babak.

Itu merupakan kemenangan kelima Sepanyol dalam kejohanan tersebut selepas kali terakhir melakukannya pada 2013 sekali gus menyamai pencapaian Itali.

“Kami memliki semangat pasukan yang tinggi. Gol pertama memberi kami semangat untuk terus mengasak kubu lawan. Jerman pasukan yang hebat dengan cabaran yang diberikan. Mereka ada pemain yang bagus namun selepas memiliki kelebihan 2-0, kami berasa yakin dan saya fikir layak untuk menang,” kata Ruiz.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, jurulatih Jerman, Stefan Kuntz tidak berpuas hati dengan kekalahan tersebut namun dia terpaksa akur dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Sepanyol.

“Jelas sekali kami tidak gembira dengan kekalahan ini namun Sepanyol pasukan yang lebih baik. Kami tidak bermula dengan baik. Sepanyol memberi cabaran yang cukup getir dan semestinya beraksi di final membuatkan pemain berasa gemuruh.

“Selepas gol pertama kami cuba mendapatkan rentak permainan namun apabila kami dibolosi kali kedua, kami berdepan kesukaran daripada sudut psikologi namun kami tidak memberi laluan mudah kepada mereka,” kata Kuntz. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini